Assalammualaikum..
La tahzan
Bila kau letih dan hilang semangat..
Allah tahu betapa kau telah mencuba..
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan..
Allah telah mengira titisan air matamu..
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu..
Allah setia disisimu..
Bila kau telah mencuba tapi tidak tahu tujuan..
Carilah Allah kerana Dia ada jalan penyelesaian..
Bila sesuatu yang tidak bererti berlaku kepadamu,
keliru serta kecewa..
Ketahuilah bahawa Allah ada jawapannya..
Carilah Dia dan sujudlah kepadaNya..
Hanya Dia..
Cinta yang sebenar adalah milik Dia yang hakiki
Hanya kepada Dia..
Kita sebagai hambaNya..
Rasailah cinta itu dengan sederhana sahaja..